Saturday, December 12, 2009

PBC 18 & 19 Dec 2009

Marang Villagge House
pada 18 & 19Hb Dec 2009
RM150.00
Hubungi:
AlFaizah (0139302886) Kak Na (0139580724)

Kursus Perawatan asas Bekam dan Senergi Herba

9h Jan 2010

9.00 pagi - 6.00 petang

hpa cawangan marang

hanya rm20.00
pje mastura (0199133640) mahadi (0139299944)

Tuesday, December 8, 2009

KONVEK 2010

KONVEK 2010 : Insentif Ta’awun 2010

Pemulaan bulan insentif: Dis 2009
Penamat bulan insentif: Sept 2010

MATLAMAT
• Memudahkan pengedar memahami dan mengejar sasaran tersebut
• Mengaktifkan PBC dan memastikan upline melakukan proses pembinaan jaringan
• Menuju kearah pencapaian jualan RM 20juta (Malaysia Sahaja)

SYARAT
• Mencapai jualan RM 20 juta (Malaysia Sahaja )
• Bagi semua kategori

JANGKAAN TARIKH KONVEK
• Disember 2010
• Lokasi akan diumumkan kemudian

INSENTIF
Katagori Pertama
• Terbuka kepada semua pengedar HPA yang berdaftar di Malaysia.
• Melakukan minima nilai mata peribadi 200NM selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 2000NM hingga 2999.99 NM akumulatif.
Atau
• Melakukan minima nilai mata peribadi 300 keatas selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 3000NM akumulatif
• Bagi yang baru mendaftar sebagai pengedar juga dimestikan melakukan jumlah akumulasi sebanyak yang disyaratkan.

Hadiah pasti adalah
1) 200-299 nm atau akumulasi 2000-2999.99 – pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah
RM300 .00
2) 300 keatas atau akumulasi 3000 dan keatas - pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah RM 500.00
Hadiah cabutan bertuah- 100 unit barangan elektrik –jenis pensonic
Grand Prize - 30 unit air Cooler atau yang setaraf yang bernilai RM1000.00

Kategori Kedua

• Terbuka kepada PB hingga ke Pengarah Meranti (status mulai Dis 2009)
• Melakukan maintain 300NM atau akumulasi 3000NM
• Mencapai pangkat Pengarah Jati ke Atas dalam tempoh bulan Insentif dan mesti mencapai bonus RM1000.00 semasa pangkat Pengarah Jati ke Atas sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok).
Insentif merupakan pakej melancong ke Indonesia (Pulau percutian Makasar) selama 5 hari 4 malam untuk seorang atau pakej yang setaraf dengannya.
Top 20 Bonus tertinggi untuk kategori ini akan menerima pekej percutian ke Indonesia(Pulau Percutian Makasar) untuk 2 orang selama 5 hari 4 malam atau pakej yang setaraf dengannya.

Kategori Ketiga

• Terbuka kepada Pengarah Jati dan keatas
• Melakukan maintain 350 NM atau akumulasi 3500NM
• Membina PJ di mana-mana aras selagi belum bertemu PJ dalam bulan Insentif.(dis 09 – sept 2010)
• PJ yang dibina mesti mencapai bonus minima RM1000(Malaysia) dan Rp3juta(Indoneisa) sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok)
• PJ yang dibina hendaklah sekurang-kurangnya daripada 2 rangkaian yang berbeza
Insentif yang ditawarkan adalah bagi pencapaian mengikut kategori seperti berikut
Mencapai 2 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (seorang)
Mencapai 3 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (berdua)
Mencapai 4 Pengarah Jati : Umrah (seorang)
Mencapai 5 Pemgarah Jati : Umrah (berdua)
Mencapai 6 Pengarah Jati dan keatas : Haji (seorang)

Katagori Keempat

• Melakukan maintain 200 atau akumulasi 2000 NM
• Pengiraan bonus adalah di jumlahkan kepada purata perbulan.
1. Top 1 hingga 30 Bonus Tertinggi Malaysia(tidak termasuk bonus jualan stok) – nilaian hadiah RM 60 ribu .
2. Top 31 hingga 60 bonus tertinggi Malaysia (tidak termasuk bonus jualan stok) - nilaian hadiah RM 40 ribu

*PASTIKAN SEMUA BERPELUANG UNTUK MENIKMATI INSENTIF YANG LUAR BIASA.

GEMPUR RADIX

Monday, December 7, 2009

"bisnes hpa secara online(internet)"


Sahabat HPA Semalaysia di jemput ke kursus sehari"bisnes hpa secara online(internet)"
1.beri tunjuk ajar buat blog
2.cara promo
3.web autodownline
4.dll


di marang

pada26hb dec 09

jam 9pg hgg 5ptg

dgn byran rm60 1pax

nota kursus dan makan

daftar 0139299944 atau hpa4online@yahoo.com

Friday, December 4, 2009

Lawatan Ahli KPTr Zon Marang Ke HPA HQ

3hb Dec 2009:

6.00 Petang : Bertolak Ke Perlis

4hb Dec 2009

9.00 Pagi : Taklimat dan Lawatan Ke HPA HQ Kg.Jejawi Dalam, Arau Perlis
10.00 Pagi : Ke Kilang Herba & Kopi Jejawi, Arau Perlis
3.00 Tgh : Lawatan Kilang Kopi Kuala Perlis
3.30 Ptg : Makan Di RCH Arau, Jalan Jelepok - Kokdiang
7.00 Mlm : Check Inn Ke Hotel El Zahraa Inn

5hb Dec 2009

9.00 Pagi : Bersama PJS Jamaliah
5hb Dec 2009 (Sabtu) sempena lawatan Ahli KPTr Zon Marang ke HPA HQ Perlis Dan HQ HPA Sg.Petani.
Dari Jam 9.00 Pagi - 10 Pagi di Dewan Hotel El Zahraa Inn, Legenda Height Sg.Petani.

TERBUKA hadirlah Mai... ahli HPA berdekatan

Wednesday, September 9, 2009

Kursus Refleksologi

Kursus Refleksologi
di Cawangan Kuala Terengganu
pada hari sabtu 12/9/09 dari jam 8.00 pagi- 4.00 ptg..
Yuran RM 30 (sijil disediakan)..
penceramah PJS Abdullah bin Abdul Rahim
Daftar Segera Di Cawangan HPA K.Terengganu
@berminat..hubungi di talian 0199012301 @ 0199844310

Wednesday, September 2, 2009

Panduan Umrah – 06 – Mahram Bagi Wanita

Mahram bagi wanita terdiri dari tiga iaitu (1) melalui nasab keturunan (hubungan kerabat), (2) melalui perkahwinan (hubungan persemendaan), dan (3) melalui hubungan penyusuan.


1. Mahram melalui nasab keturunan (hubungan kerabat)

Mahram dari sudut nasab adalah yang disebutkan oleh Allah Ta’ala di dalam surah An-Nur ayat 31:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau adik beradik lelaki mereka, atau anak lelaki kepada adik beradik lelaki (anak buah lelaki) mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka (anak buah lelaki), atau wanita-wanita di kalangan mereka, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita."

Menurut ayat ini, susunan bagi mahram kerana nasab bagi wanita ialah:

a) Bapa, termasuk datuk sebelah bapa, datuk sebelah ibu dan semua asal keturunannya ke atas, contohnya moyang dll. Adapun bapa angkat, maka dia bukan mahram berdasarkan firman Allah Ta’ala:

“...Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu …. ”[Al-Ahzab: 4]

b) Anak lelaki, cucu lelaki daripada anak lelaki dan anak perempuan dan keturunan mereka. Mereka dinamakan jurai (اﻟْﻓُﺮُوْعُ) keturunan seseorang. Adapun anak angkat, maka dia tidak termasuk mahram berdasarkan keterangan di atas.

c) Adik-beradik lelaki seibu-sebapa, se-ibu atau se-bapa (adik beradik tiri).

d) Anak saudara lelaki daripada adik beradik lelaki sama ada seibu-sebapa, seibu atau sebapa (adik beradik tiri)

e) Anak saudara lelaki daripada adik beradik perempuan sama ada seibu-sebapa, seibu, atau sebapa.

f) Bapa saudara sebelah bapa, iaitu adik beradik lelaki bapa, datuk saudara sebelah bapa. Mereka merupakan jurai keturunan datuk nenek sebelah bapa.

g) Bapa saudara sebelah ibu, iaitu adik beradik lelaki ibu, datuk saudara sebelah ibu. Mereka merupakan jurai keturunan datuk nenek sebelah ibu.

Jadi perlu diketahui bahawa sepupu tidaklah dikira sebagai mahram.


2. Mahram Kerana Hubungan Perkahwinan (Persemendaan)

a) Suami

b) Bapa mentua

c) Anak tiri lelaki (anak suami dari isteri lain)

d) Bapa tiri kalau sudah berjima’ dengan ibu

e) Menantu lelaki (suami anak perempuan kandung)


3. Mahram Kerana Hubungan Penyusuan (Saudara Susuan)

Penyusuan yang menjadikan seseorang itu mahram ialah sebanyak lima kali penyusuan sampai kenyang, dan kanak-kanak tersebut berumur kurang daripada dua tahun qamariah.

Dalil mahram dari hubungan penyusuan ialah ayat al-Quran surah an-Nisa', ayat 23.

“ … Juga ibu-ibumu yang menyusui kamu serta saudara perempuan sepersusuan …”

Dan juga hadis Rasulullah s.a.w.

Dari Abdullah Ibnu Abbas r.a. berkata; Rasulullah s.a.w. bersabda : “Diharamkan daripada penyusuan apa-apa yang diharamkan daripada nasab.” [HR Bukhari].

Jadi mahram sebab hubungan penyusuan ialah:

a) Bapa susuan (suami ibu susuan), termasuk datuk susuan iaitu bapa kepada bapa susuan atau bapa kepada ibu susuan, juga bapa-bapa mereka ke atas. Ibu susuan ialah perempuan yang telah menyusukan anak orang lain.

b) Anak lelaki susuan.

c) Adik beradik lelaki sesusuan, iaitu lelaki lain yang menyusu dengan ibu kita, atau kita menyusu dengan ibunya, atau kita dengan lelaki yang lain sama-sama menyusu dengan seorang perempuan.

“Kita” di sini merujuk kepada seorang wanita yang menjadi bahan perbincangan.

d) Anak lelaki kepada adik-beradik lelaki susuan.

e) Anak lelaki kepada adik-beradik perempuan susuan.

f) Bapa saudara susuan sebelah bapa, iaitu lelaki yang menjadi adik-beradik susuan kepada bapa.

g) Bapa saudara susuan sebelah ibu, iaitu lelaki yang yang menjadi adik-beradik susuan kepada ibu.

http://msaadhamid.blogspot.com/2010/03/panduan-menunaikan-umrah-06-mahram-bagi.html

Monday, July 20, 2009

Kursus KHAS Peserta Lepasan PBC


PADA : 7HB OGOS 2009(JUMAAT)
MASA: 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
BAYARAN : RM20.00
DAFTAR DI CAWANGAN HPA BERDEKATAN ANDA
PENERAJU UTAMA :
HERBALIS HAJI ZAKARIA BIN MOHAMAD
DIBANTU OLEH HERBALIS HPA DAN PENGARAH JATI
DI:
CAWANGAN KUALA BERANG
PT 6994 TAMAN KENANGA, 21700 KUALA BERANG,TERENGGANU.
09-6825151 / 014-8486323 (HAIDA BT MUDA)Fax: 09-6825152

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Saturday, July 18, 2009

Konvek 2009 : PJ Layak

Assalamulaikum warahmatullah...

Makluman untuk kesemua cawangan-cawangan Zon Selatan sila rujuk blog MIS untuk memperolehi makluman terkini berkenaan dengan senarai nama penerima anugerah KONVEK' 2009...

SILA LAYARI LAMAN BLOG : http://departmentinformationsystem.blogspot.com

Sunday, July 5, 2009

JIHAD

Ada berita pembohongan mengatakan bahawa MASTER RADIX adalah hasil dari perpecahan dalam HPA. Kononya dia pengasas awal formula RADIX. Malangnya ada umat Islam yang mudah terpedaya, tergoda dan akhirnya ternoda.
Disini GM telah mendapat bukti kukuh Master Radix adalah keluaran ciplak dari seorang taukeh cina. Sehubungan dengan ini beberapa langkah akan di ambil segera.
1. Tindakan undang-undang OLEH PANEL UNDANG2 HPA
2. Edaran poster memperingatkan Kopi Palsu Master Radix
3. Hebahan segera dari mulut ke mulut. PBC, Program Mingguan, Kedai Kopi, Surau, Masjid dan sebagainya. Sampaikan hebahan ini sebagai suatu jihad menentang kejahatan kerana Master Radix sememangnya tidak Halal dan diragui mengandungi bahan berbahaya. (tindakan seluruh warga HPA).
4. Kenyataan dalam akhbar.

JLokasi Batu Kurau: "Semakin berani" "buat promosi lagi" , "ADA BAJU SERAGAM"

AYUH WARGA HPA SEKELIAN. SEKIRANYA ANDA TERJUMPA PRODUK MASTER RADIX DI WARUNG ATAU KEDAI RUNCIT BERKATA KEPADA MERAKA BAHAWA INI PRODUK PALSU.

Tuesday, June 30, 2009

Kursus Pemantapan Leader

Pada 26hb - 27hb Jun 2009 KPT Zon Marang telah menganjurkan kursus khas kepada bakal leader HPA Terengganu. Kursus ini hanya disyaratkan kepada yang berpangkat PRX keatas. Seramai 18 orang telah mengikuti kursus ini.Pengisian slot oleh. PJS Jamaludin Jusoh Al-Hafiz, PJS Ust Ahmad Kamal Ali, PFS Nor Haida Ramli dan Haji Zakaria Muhamad

Sebahagian peserta bergambar bersama pjs Nor Haida Ramli dan Hj.Zakaria Mohamad

Tekun mengikuti Slot

PJS Jamaluddin Jusoh Al-Hafiz sedang menyampikan slotnya

Monday, March 23, 2009

PBC Marang 20/21hb March 2009

Slot Halal Haram oleh PJS Cik Mat Sukri, Profil syt dan produk oleh PJS Haji Ahmad Kamal Ali, 6m Oleh PJS Rosmadi Ishak, Plan Marketing oleh PJE Mahadi Che Haron, Diognos Tapak Tangan PJE Mastura Sulong

Thursday, March 19, 2009

CARA RASULULLAH (s.a.w.) MENGELAK & MENYEMBUHKAN PENYAKIT

Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka
jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati,
tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami(ayat- ayat Allah) dan
mereka mempunyai mata(tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat
(tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi)
tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu
sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka
itulah orang-orang yang lalai.(Al A'raaf:179)

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing,
gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu
melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat
orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang
boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki
ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak
menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya)
iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu,banyak bertanya tanpa
ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah
bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki,
berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail
(beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di
waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir
di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat
iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan
khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ngatan dan kefahaman iaitu
sentiasa makan buah yang masam,tidur pada tengkuk (belakang kepala),
hati sedih dan fikiran runsing.Perkara yang menyebabkan bertambahnya
daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan
sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan
berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Sekian, Wassallam.

Petikan dari buku Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan
penyakit (Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum).

Saturday, February 28, 2009

27hb Feb: Kelas Mingguan HPA Marang

Jumaat, 27hb Feb 2009: Pada jam 9.00 Malam telah berlangsung kelas mingguan HPA Cawangan Marang. Kehadiran lebih 30 orang. Pada malam ini PJE Mahadi Che Haron menyampaikan slot Perbandingan Produk HPA dengan produk jenama lain. Manakala Ust.Zulyadin telah meberi tazkirah mengenai kejahatan Yahudi terhadap umat Islam, "Boikot Produk Yahudi". Kehadiran juga diserikan dengan kedatangan PJ Alfaizah, PJ Mastura, PJ Siti Zainab, Sdra.Sukri Sulaiman, Puan Salmi. Kelas malam ini di pengerusi oleh Sdra. Mohd Seri Jusoh





















Friday, February 27, 2009

PBC Marang : 20&21 Feb 2009

PBC Marang pada 20&21 Feb 2009, Di Anggulia Beach Resort, Marang. 46 org peserta telah bersama kali ini. PJS Cg.Zainal Abidin Ali telah menyampai slot Halal Haram Produk serta Profil HPA. PJS Ust Jamaluddin Al-Hafiz menyampai slot 6M, PJE Mastura Sulong mengisi slot Degno. Tapak Tangan, PJE Mahadi Che Haron telah mengisi slot Malam Bintang-Bintang dan Tayangan Video Keinsafan, PJM Hafidzan Fauzi pula telah menyampai Slot Plan MLM. PJE Asma mengisi slot Senergi Produk dan penyakit.

PJS Mat Sukri juga sudi hadir ke PBC kali ini, turut membantu PJ Alfaizah, PJ Badariah Kari, PJ Mohd Fauzi, PJ Wan Senari, Sdr.Sukri Sulaiman, Sdr.Mohd Seri Jusoh, Sdr.Sobri Zakaria, dan ramai lagi

Program KPTR Marang Bulan Feb 2009

Mesyuarat KPTR Zon Marang pada 12hb Feb 2009





KPJ Terengganu Di Dewan Kolej Multimedia Telekom Rusila pada 18hb Feb 2009


Program kpd Ex-PBC pada 14hb Feb 2009


Sunday, January 18, 2009

Jawatankuasa HPA Marang / KPTr Zon Marang

Merangkap : J/K KPTr Zon Marang

+++++++++++++++++++

Pengerusi
Mahadi Che Haron

Timbalan
Mastura Sulong

Setiausaha
AlFaizah Binti Abd Aziz

Bendahari
Badariah Kari

AJK
Siti Zainab Mamat
Haniza Abdullah
Wan Senari Wan Awang
Ust.Ibrahim bin Muhamad
Ahmad Bin Abdullah
Sukri Sulaiman
Abdul Wahab Sidek
Mohamad Sabri Bin Zakaria
Normah Idrus
Ust.Muhamad Zuki Tahar
Zaliha Abdullah
Osman Embong